Mari ke dapur :: Tauhu Lembut pedas version Kei
Ni tauhu lembut.. aq suka makan.. Dulu pernah makan kat satu kedai nasi ayam ni.. Tapi die just letak sos tiram je.. X berapa sedap.. Pastu mak ckp "X sedap.. Nanti mak buatkkan lagi sedap"
So ini lah dia.. Ok ni version mak aq.. Macam biasa aq backup je.. =_=;
Nak tau x macam mana nak buat tauhu lembut version Kei ni??? hehe Baca bawah!!
Langkah pertama: Rebus tauhu lembut
1.Rebus tauhu lembut. Rebus dengan plastik2 dia sekali.. o.O "serius ni"
2.Rebus dalam 10 minit.
Langkah kedua: Masak sos
1.Macam biasa tumis bawang putih
2.Masukkan cili padi yang dah dikisar "kalau x mahu pedas boleh gantikan dengan cili biasa"
3.Lepas tu masukkan cili sos+sos tomato+sos tiram+gula sikit
4.Masukkan sedikit garam dan pati ayam
5.Tambah air sedikit supaya sos tu x pekat sangat.
6.Kacau2 pastu tada.. dah siap.. "Jangan masak lama sangat.. Kacau2 sekejap je dah masak"
Langkah ketiga: Hiaskan...
1.Tuangkan sos kat atas tauhu tu.
2.Letak bawang goreng dan daun bawang.. "Aq suka bawang goreng so aq letak banyak2 benda alah 2 haha"
Rasa dia.. pedas,masam, manis.. ;) yum yum
Hari ni banyak pulak makanan meriah2.. Nanti wat entry pasal cendol pulak eh.. hehe.. Jangan bosan pulak eh ;)
p/s: Macam biasa aq x tau berapa banyak kuantiti bahan2 yang dipakai. Mak main campak je semua bahan2 tu.. o.O
Comments