Mari ke dapur :: Semperit Jalan Version Kei

Sudah bermula minggu membuat biskut raya!!! yay...

So biasanya dekat rumah aq mesti aq biskut ni... Hehe.. Biasanya kalau beli .. Biskut semperit yang aq rasa mesti keras... Huhu.. Jadi memang suka bila mak aq buat.. Haha.. Jadi aq sebagai assistant buat kuih ni.. Hoho XD

Jadi nak bercerita sikit kenapa nama dia Semperit jalan?? Nampak x dekat gambar tu?? Dia ada macam bentuk jalan x?? Tu lah sebab nama die semperit jalan haha xD

Ok ni resepinya!!! ;)

Bahan2

3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung custard
1/2 cawan tepung jagung
1 camca esen vanilla
3/4 cawan gula halus
1 1/2 cawan mentega
1 biji kuning telur

Cara2 membuat

Langkah pertama : Campurkan semua adunan

1. Campurkan mentega + gula halus. Kacau sampai sebati
2. Tambahkan esen vanilla + kuning telur dalam adunan. Kacau sampai sebati
3.Ayak semua tepung2 (semua jenis tepung2 tu ayakkan sekali) dan masukkan sedikit2 kedalam adunan.
4.Uli tepung sampai sebati

(Jika nak buat semperit warna hijau macam kat dalam gambar atas ni)
5. Tambahkan pewarna hijau + daun pudina yang telah dikisar halus
6.Uli sampai sebati

Uli sampai jadi camni..

Langkah kedua : Membuat acuan

1. Masukkan ke dalam piping.
2. Pilih bentuk yang disukai... "Nama pun nak buat semperit jalan so pilih lah yang bentuk jalan haha"

ni nama dia piping ke?? ye kowt o.O

ok untuk bentuk jalan.. Yang ni mata untuk piping kat atas tu

paip kan panjang2 pastu potong2 jadi 4 segi hehe

Langkah ketiga : Bakar adunan

1.Bakar adunan yang telah siap selama 15-20 minit. (sampai kekuningan)
2. Sejukkan
Tada!! siap dah!

masukkan dalam loyang pembakar

lepas dibakar sejukkan

yay jadi itulah dia semperit jalan... Selamat mencuba!! hehe xD

p/s: perasan x header bru aq tu?? ok sama je aq just tukar gambar dia haha xD


~Kei~

Comments

Popular posts from this blog

Makeup Review : Biore UV Perfect Block Milk (Biore)

Makeup Review : Anti-Acne Gel (NuTeen)

Makeup Review : Facial Foam Pore & Oil Clear (Biore)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...