Mari ke dapur :: Cream Puff

Hai hai... Macam entry sebelum ni.. Mari ke dapur :: Cendol version Kei ada cakap pasal kuih ni an... Semalam ada buat tapi disebabkan penat dengan malas nak menaip so petang ni baru ada entry.. Huhu.. Ada yang menanti x?? Haha perasan je lebih aq ni XP

Kuih ni bukan version Kei ke apa.. Ikut resepi so ada lah ingredients dia.. Happy x??? Haha...




Bahan2 untuk kulit

Tepung - 250 gram (1/4 kampit)
Air - 400 ml (1 3/4 cawan)
Mentega - 165 gram (3/4 cawan)
telur - 7 biji
garam - 1/2 sudu teh
gula - 2 sudu teh

Bahan2 untuk Inti custard(yang ni untuk inti dalam)

susu tepung (susu cair) - 75 gram (1/2 cawan)
air - 540 gram (2 1/2 cawan)
gula - 150 gram (3/4 cawan)
tepung jagung - 55 gram (7 sudu makan)
Mentega - 10 gram (1 sudu makan)
esen vanilla(optional) - 2 sudu teh

Langkah pertama : masak kulit

1.Masak air, gula , garam, mentega dalam kuali
2.Selepas air mendidih masukkan tepung dan kacau sampai tepung tak melekat pada kuali.
3.Sejukkan.... masukkan telur yang telah dipukul perlahan2 kedalam adunan hingga pekat
4.Paipkan adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar selama 30 minit. Sapukan telur diatas permukaan kuih sebelum di bakar.

Langkah kedua : masak inti

1.Masak air dengan susu cair(tepung) + tepung jagung + gula
2.Kacau sampai pekat

Langkah terakhir: masukkan inti dalam kulit

1.Belah kulit yang telah dimasak.
2.Masukkan inti kedalam kulit yang telah dibelah.

Tada!! siap dah ;)

for more info macam mana nak buat tengok video bawah ni


herm x banyak gambar sebab lappy x de bluetooth huhu :'(

p/s: hari ni berbuka dengan roti jala pulak ;)

Comments

ichigo chan said…
semalam tengok zettai kareshi asyik kuarkn cream puff je teringin lak nak rase.hihi
kei said…
buatle.. senang je hee~~~

Popular posts from this blog

Makeup Review : Biore UV Perfect Block Milk (Biore)

Makeup Review : Anti-Acne Gel (NuTeen)

Makeup Review : Facial Foam Pore & Oil Clear (Biore)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...