Mari ke dapur :: Apam Polkodot

Entry ke-3 hari ni.. Seriously aq cuba nak elakkan tapi kenapa dalam satu hari mesti aq buat entry sampai 3?? meh...

Ok tadi buat kuih yang asyik menjadi perbualan ramai.. Cewah haha.. Tadi buat apam polkodot.. Mula2 excited bila lama2 mengantuk sebab buat dia macam leceh sikit.. Aq ni kurang kesabaran sikit huhu =_=;

Jadi ada siapa2 nak tau macam mana nak buat? Scroll down kalau nak tau lebih lanjut ;)
sumber dari sini (melawat lah site ni... banyak resepi2 sedap2 xD)

Bahan2 A

3 biji telur
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette

Bahan B

filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna

Langkah pertama : Campurkan adunan

1. Masukkan semua bahan2 A
2. Kacau semua bahan2 menggunakan mixer dengan kelajuan yang laju.
3. Pukul sampai kembang "seriously.. macam mana nak tau dia kembang?? ader benchmark ke bagitau kembang tu macam mana?? huhu... mak cakap sampai adunan tu ringan.. o.O yelah kowt xD"

*macam ni lah agaknya kalau dah kembang yerk??

Langkah kedua : Warnakan adunan

1. Asingkan adunan yang dah kembang kepada beberapa bahagian
2. Titiskan pewarna ke dalam adunan "Jangan letak banyak2 macam aq.. Haha.. Letak sikit2 dulu kalau nak lagi warna dia tambah sikit.."
3. Kacau semua adunan sampai warna tu serata

*inilah warna2 yang akan diguna pakai!!!

Langkah ketiga : Mengukus adunan

1. Masukkan setiap adunan ke dalam piping. "Kalau x de.. Ambil plastic yang orang buat bungkus lauk tu.. Masukkan dalam tu. Pastu potong hujung dia. Buat dia macam bentuk ala2 piping."
2. Piping adunan tadi dalam paper cup. Masukkan separuh sahaja.
3. Letak filing "Letak sikit je tau kalau x jadi macam gambar bawah"
3. Penuhkan papercup dengan adunan yang sama atau tidak sama warna.
4. Hiaskan dengan meletakkan dot di atas adunan di dalam paper cup.
5. Masukkan papercup tu dalam bekas bulat "ala bekas yang orang buat apam tu"
6. Kukus dalam 10-15 minit.
Siap!!!!

*kukus dalam ni sebab kalau x nanti apam tue merebak
**nampak x filing die terkeluar.. Inilah terjadi kalau letak banyak sangat!!!

*cuba jaya.. Inilah terjadi apabila terlupa dah letak filing ke belum.. At the end aq letak sampai 3 kali filing die... Ko nampak x beza dengan yang normal haha xD

meh lah cuba buat seronok.... xD

p/s: ok susah rupanya nak buat kuih muih ni eh... ke aq yang x pandai masak??? haha xD

~Kei~

Comments

Anonymous said…
macam telur dinasour.hehe
fifie feyca said…
like like.... <3 <3 <3
kei said…
@ ichigo chan : a'ah aq ader nmpk orang buat bentuk kumbang o.O gile kreatif aq buat mcm ni pun dah penat gile =_=;

@ fifie feyca : cbe lah buat hee~~

Popular posts from this blog

Segmen: Kami Sayang Teman Blogger

Kisah Sye dan En Penyu Part 02

Contact Lens Review : 1 Day Colours Fusion - Sparkles Series - Blushing Violet (Freshkon)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...