Perlu @ Tidak External Harddisk bersaiz besar???


(Aq cerita pasal external harddisk 2.5 inch. Yang orang selalu pakai tu)

Ramai yang bertanya dekat aq berkaitan pasal external harddisk ni. Mereka2 selalu tanya nak beli saiz yang mana sesuai...(saiz capacity harddisk) Bagi aq lah kan.. Aq x syorkan beli harddisk yang saiz besar2..

Ok kenapa aq cakap macam ni???

Mari aq cerita sikit pasal external harddisk ni. Jadi.. Apa itu external harddisk sebenarnya?? Korang pernah buka x external harddisk tu? Sebenarnya external harddisk tu adalah harddisk laptop korang tu. Jadi sebenarnya harddisk laptop di jadikan luaran maka jadilah external harddisk.

Macam abang aq pernah cakap. Benda internal ni kalau dijadikan external memang akan cepat rosak. Sebab dia x dibina untuk external. Walau macam mana hebat pun casing dia. Dia still hardware internal. Jadi bagi aq. Walau jaga macam mana baik pun sooner or later benda tu akan rosak jugak. Sebab dibawa ke hulu ke hilir.

Lagipun kadang2 kita x sedar yang apabila pakai kita akan letak
benda tu menegak lah.. senget lah.. Itu pun salah satu faktor ext. harddisk tu cepat rosak. Sebab harddisk ada macam satu disk bila pakai dia berpusing. Bayangkan player piring hitam tu. Macam tu lah harddisk tu berfungsi. Kalau sengetkan player tu mesti akan bercalar piring hitam tu kan. Hah macam tu lah yang akan terjadi dekat harddisk tu.

Jadi adakah aq cadangkan kita jangan pakai external harddisk? X lah sampai camtu. Just aq sarankan jangan beli saiz yang besar2 gila untuk jadikan portable. Portable means harddisk yang ko bawa ke hulu ke hilir bagi orang pinjam, presentation, etc. Kalau nak jadikan portable bawa ke hulu ke hilir beli jelah saiz kecik2.

Lagi kalau untuk harddisk yang portable ni... JANGAN SESEKALI jadikan harddisk tu sebagai tempat ko menyimpan semua master file ko. Potensi harddisk tu untuk rosak amat tinggi n bila ko simpan semua Master file ko kat sana.. Kalau rosak.. Menangis x berlagu.. Warranty pun x leh tolong. Warranty boleh bagi ko harddisk baru je.. Semua data2 ko bye bye jela.. Bukan senang nak recover balik semua tu.

Kalau nak simpan master file korang gunakan lah storage yang
lebih permanent macam DVD-R ke.. Aq selalu burn cerita aq dalam DVD-R haha.. Kalau x pun gunakan external harddisk menggunakan power supply(saiz 3.5 inch). External yang pakai power supply memang agak besar bentuk dia. Memang confirm ko x leh nak bawak ke hulu hilir. Jadi peratus untuk rosak amat rendah dan dia lebih tahan lama.

Jadi sebab tu aq prefer beli saiz kecik.. Sebab bila saiz kecik mesti ko x terdorong nak simpan macam2 kat dalam tu dan x lupa nak backup. Sekurang2 nye kalau kecik mesti korang akan backup selalu data tu. Tetapi kalau kecik sangat pun x best gak.. Kalau nak kecik sangat baik pakai pendrive ye x? Belilah yang sesuai untuk kehendak korang. Jangan kecik sangat jangan besar sangat. Aq external harddisk ni aq buat transfer2 movie dengan drama jer haha.. So belilah yang bersesuaian dengan korang.


Lagipun kalau besar2 sangat pun menjadi tempat ternakan virus. Yelah senang lah cakap boleh scan.. Tapi bayangkan aq nye laptop ni.. 320 Gig je.. Nak full scan, aq lepas tengok 2-3 episode drama. Kalau ko nak full scan external harddisk ko each time ko sambung kat laptop @ PC x ke leceh yang amat sangat2?? Lagi2 kalau pakai laptop orang atau nak cepat. Memang ko x scan nye...

Jadi apa konklusinya???

X kisah lah korang nak beli besar ke kecik ke.. Yang penting!!!!

JANGAN JADIKAN external harddisk yang portable tu sebagai tempat menyimpan master file.

Tu je.. Jangan menangis x sudah bila dah terlambat huhu..

p/s: ni pendapat aq je pasal harddisk ni.. lain orang lain pendapat ;)

~Kei~

Comments

hafidzul said…
ade btol nyer.... nk beli ext HD kene ambil kira saiz keperluan & jenama....
Zazachan said…
aku tak pernah terpikir langsung nak beli external hardisk.kalo nak beli sesuatu tu kite kena jugak la pikir lebih mendalam n tahu serba sdikit psl bnde tu.actually aku bukan tahu pun yg external hard disk ni sama dgn internal kt laptop tp aku tahu bnde ni cpt rosak.plus bile dipikir2 org beli ext. ni utk masukkn movie2 so baik aku beli dvd je.
hafidzul said…
setiap ciptaan manusia pasti rosak.... DVD pn boley rosak... sme je.... yg penting pandai jge... nk lg selamat, beli je internal HD, boh dlm PC... simpan ape yg patut...haha
kei said…
@ GataKiriBa : x suke simpan dlm HD sebab x permanent haha... msk DVD permanent sikit... dvd @ cd yg aq ada byk gile skung.. haha =.=
kei said…
@ cik zaza : a'ah.. kalau kalau ext yg saiz 3.5 tu internal HD yg owg pkai kat PC... haha panjang komen ko.. suke2 xD
Anonymous said…
bukan xternal HD skang paki SSD ke mane ade dah pakai HDD..
kei said…
anon : sila tgk tarikh publish.. Thank You..

Popular posts from this blog

Contact Lens Review : 1 Day Colours Fusion - Sparkles Series - Blushing Violet (Freshkon)

Contact Lens Review : 1 Day Acuvue Define - Vivid Style (Acuvue)

Contact Lens Review : 1 Day Acuvue Define - Accent Style (Acuvue)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...