Adventure Si Kucing

Sepasang kucing tinggal di seberang jalan. Yang jantan berwarna hitam jadi dipanggil hitam dan yang betina berwarna putih jadi dipanggil putih. Pada suatu hari si putih mengidam nak makan ikan yang terdapat di tasik di seberang jalan. "Hitam hitam tolong tangkapkan ikan di seberang jalan tu.", kata si putih. "Tapi bahayanya nak melintas jalan besar tu", bantah si hitam. "Tak pelah kalau awak tak nak tangkapkan.. Saya pergi sendiri", merajuk si putih. Maka untuk memujuk si putih, si hitam pun pergi lah untuk menangkap ikan di seberang jalan.

Sampainya si hitam di seberang jalan dia pun memandang kekiri dan kekanan untuk melintas. Kebetulan waktu itu malam, jadi kenderaan kurang jadi si hitam pun berjaya melintas dengan selamatnya. Apabila sampai diseberang si hitam pun menangkap seekor ikan di tasik itu. Setelah berjaya menangkap ikan itu, si hitam pun pulang dengan gembiranya. Apabila sampai di seberang jalan, si hitam cuba untuk melintas lagi. Apabila dia memastikan kenderaan tiada dia pun cuba melintas. Tiba-tiba sebuah kenderaan muncul secara tiba-tiba. Si hitam hanya sempat nampak cahaya putih yang terang. Dan hatinya mampu berkata "Putih!!" sebelum dia pergi meninggalkan dunia ini.

Si putih yang masih tidak tahu apa yang terjadi kepada si hitam hanya mampu menunggu kepulangan si hitam. Tunggu dan masih menunggu.....


***************
Ahh kebelakangan ni selalu sangat nampak kucing mati kat tengah jalan. Tiap kali aq nampak kucing @ anjing atau apa2 binatang yang mati kene langgar aq selalu fikir.. "Kenapa ko melintas jalan ni.. Adoi ai.. Duduk jelah kat seberang tu diam diam." Mungkin binatang2 ni bukan suka2 nak melintas, mungkin dia nak cari keluarga @ kawan dia ke.. Mungkin dia ada misi dia sendiri huhu... Cian ko huhu.. TT___TT


Konklusi? Selalu alert dengan persekitaran, even kat lantai jalan tu. Mungkin ada binatang yang nak melintas huhu..

Kalau dah terlanggar tu nak wat camne.. Just alihkan jelah kat tepi jalan. Dah nasib dia..

Jadi selalu beramal!! tibe2 xD


~Kei~

Comments

Popular posts from this blog

Makeup Review : Anti-Acne Gel (NuTeen)

Makeup Review : Biore UV Perfect Block Milk (Biore)

Makeup Review : Facial Foam Pore & Oil Clear (Biore)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...